TANAH MERAH, 18 Jan: Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa membantu para usahawan muda di negeri ini mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan mereka melalui pelbagai inisiatif berbentuk barangan mahupun sumbangan wang tunai.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri YB Mejar ( B ) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman yang juga ADUN Kemahang hadir menyampaikan sumbangan kepada usahawan wanita, Erni Yusnita yang juga dikenali sebagai “Mek Rempah”, di Pusat Khidmat DUN Kemahang 3, semalam.
Melalui perkongsian di laman sosialnya, beliau berharap dengan sumbangan tersebut dapat menyuntik semangat penerima supaya terus berjaya mengembangkan lagi usaha niaga mereka.