Home Berita PAS Kedah

150 mangsa banjir Pahang terima sumbangan

113
SHARE

PAHANG, 10 Jan – Seramai 150 orang mangsa banjir menerima sumbangan dalam program Misi Bantuan Pasca Banjir Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah Di Pusat Tarbiah Darul Ansar, Lanchang, Pahang Darul Makmur.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata misi bantuan ini bukan buat kali pertama bahkan ada Kawasan-kawasan yang turun sendiri membantu dan menyampaikan sumbangan pada mangsa-mangsa banjir yang terlibat sepertimana yang dilakukan oleh pas Kawasan Langkawi yang terpaksa menaiki feri dan menempuh perjalanan yang begitu panjang untuk sampai ke negeri Pahang.

“walaupun sumbangan ini kami amat sedari bahawa tidak boleh menyelesaikan semua masalah tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan, untuk Kembali seperti sediakala bukan mudah tetapi sekurang-kurangnya dapat merasai bagaimana keprihatinan daripada seluruh Malaysia turun ke negeri Pahang memberi bantuan dan sumbangan,” katanya ketika berucap di dalam program Misi Bantuan Pasca Banjir Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah Di Pusat Tarbiah Darul Ansar, Lanchang, Pahang Darul Makmur. (8 Januari).

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Kedah dan Pahang, Pimpinan PAS Kawasan Temerloh, Pahang.

Semua 1000 set toto, selimut dan bantal akan diberikan pada mangsa yang terlibat dan yang terkesan akibat banjir.