MERBOK, 4 Jan – Ahad lalu telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan Tabung Wanita Sejahtera bagi DUN Tanjung Dawai.
Majlis disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali bertempat di Madrasah Zubaidiyah, Merbok.
Seramai kira-kira 26 orang penerima sumbangan hadir ke majlis tersebut dan mereka terdiri daripada golongan B40 yang terlibat dengan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan.
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memperuntukkan sebanyak RM500 bagi setiap penerima.
Semoga dengan adanya sumbangan seperti ini dapat membantu para penerima untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka.