Home Berita PAS Kedah

Langkawi sambut tahun baharu dengan Forum Agama Mega

211
SHARE

LANGKAWI, 3 Jan –  Penduduk Pulau Langkawi menyambut tahun baru dengan Forum Agama Mega 2.0 di Dataran Helang,  Jumaat lalu.

Forum  yang bertajuk “Mana Miliki Kita” itu  menampilkan empat penceramah terkenal iaitu Dr Mohd Izhar Ariff, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Baharim dan Ustaz Syamsul Amri Ismail.

Ahli Majlis Perbandaran Langkawi merangkap Pimpinan PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad berkata buat julung kalinya Pulau Langkawi menyambut kedatangan tahun baru dengan program kerohanian.

“Alhamdulillah, sejarah Dataran Helang Langkawi sambut tahun baharu dengan Forum Agama Mega.

Tahniah buat semua yang menjayakan program malam ini. Semoga Langkawi yang lebih Sejahtera selepas ini,” Ujar Zubir Ahmad dalam satu kenyataan.

Turut hadir Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, YB Brig Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad, dan Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Haji Saiful.