Home Rencana PAS Johor

Saya ni Menteri kampung, jadi apa pun tetap orang kampung

396
SHARE

SAYA NI MENTERI KAMPUNG, JADI APA PUN TETAP ORANG KAMPUNG

Oleh : Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz

Sementara menunggu ketibaan YB Menteri JPM Hal Ehwal Agama, kami kemas kini langkah kerja bantuan bencana Khidmat Malaysia, penyelarasan agar lebih lancar bersama NGO yang terlibat.

Saya turut memaklumkan kesedian Pemuda menempatkan petugas dalam misi kali ini.

Selepas solat Zohor berjemaah bersama YB (Senator) Menteri Ustaz Haji Idris Ahmad, kami berkongsi taklimat ringkas, dan terus memulakan ziarah PPS sambil membawa bantuan dari agensi yang terlibat.

Terukir riak lega pada wajah penghuni PPS apabila disantun elok oleh YB Menteri.

Itu lah kelebihan “Ust Derih”.

Sangat mesra, kerana itu memang dirinya.

“Saya ni Menteri Kampung jaa Kak.. jadi apa pun, saya tetap orang kampung..”

“Lamaa tak jumpa ang Dik (Ust Sidik).. Mai la makan sekali..”

Sambil menyantuni mangsa banjir, sempat beliau titipkan al-Fatihah buat keluarga mereka, selain doa kesejahteraan semua.

Inilah teladan pimpinan buat kita abnaul harakah sekalian.

Ringan kan tulang membantu, tawaduk dan ikhlas, bukan untuk diri sendiri jauh sekali posisi.

Cukup nilaian perjuangan ini adalah kerja ibadah kepada Allah s.w.t.

Tahniah dan terima kasih Ustaz Abdullah Husin selaku Pesuruhjaya PAS Johor, Saudara Khairul Faizi selaku Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, dan semua yang terlibat.

Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor