KELABORAN, 2 Jan: Seramai 263 orang membabitkan nelayan pantai dan penternak ikan sangkar yang terkesan dengan pandemik COVID-19 menerima bantuan one off sebanyak RM200 seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan pada Majlis Sumbangan Bantuan Sejahtera Tani COVID-19 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Kelaboran, baru-baru ini.
Menurut YB Mohd Adanan, sumbangan bantuan kali ini adalah untuk fasa ketiga dalam usaha meringankan bebanan para nelayan yang terjejas pendapatan sepanjang PKP COVID-19.