Home Berita PAS Melaka

52 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SMK Lubok China

143
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 2 Jan: Seramai 52 mangsa banjir melibatkan 13 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Lubok China sehingga tengah hari tadi.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertugas di situ, Mohd Firdaus Ismail, 37, PPS ini dibuka semula semenjak tengah hari semalam setelah air naik semula di beberapa kawasan di Lubok China akibat hujan lebat bermula Sabtu.

Mohd Firdaus Ismail

“Mangsa-mangsa ini melibatkan dua buah kampung setakat ni iaitu Kampung Teluk Berembang dan Kampung Pengkalan Pauh.

“Setakat ini terdapat 11 PPS telah dibuka di Daerah Alor Gajah dengan yang terbaru di Kampung Gangsa dan Panchor,” ujar beliau kepada WARM ketika ditemubual di PPS ini tengah hari tadi.

Tinjauan WARM juga mendapati bulatan berhampiran Balai Polis Lubok China dinaiki air dan ditutup kepada lalulintas.

Sementara bahagian ban yang pecah semasa banjir pada 18 Disember lepas yang sedang dalam proses baik pulih dilihat semakin melebar akibat banjir terbaru ini.