TANJUNG DAWAI, 22 Dis – Seramai 121 waris di Tanjung Dawai menerima sumbangan bantuan Wang Khairat Kematian, Sabtu lalu.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Hanif HJ Ghazal di Kompleks Tarbiyah Al Irfan dan Surau Al Islah, Sungai Layar.
Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan sumbangan khairat kematian sebanyak RM300 bagi setiap satu kematian.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Merbok, Ustaz Hj Azizan bin Hj Hamzah.