Home Berita PAS Kedah

Dunia adalah persinggahan, akhirat adalah tempat tujuan

241
SHARE

Oleh ANA NAJWA

YAN, 2 Dis – “Hidup kita di dunia ini adalah satu kembara, tempat persinggahan. Yang akan kita tuju adalah negeri akhirat, tempat tujuan. Oleh itu, kita perlu jadikan segala amalan yang dilakukan di dunia ini dikira oleh Allah Ta’ala sebagai amal soleh dan memberatkan timbangan di akhirat nanti”, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerusi ucapan perasmian beliau bersempena Program Komuniti Sejahtera (Kembara Ilmu) bersama KEMAS Daerah Yan.

Program Komuniti Sejahtera (Kembara Ilmu) yang dilaksanakan pada 29 November lalu merangkumi aktiviti kembara ilmu berjalan 1000 langkah dan ceramah hybrid secara dalam talian Google Meet serta bersemuka yang disampaikan oleh Ustaz Shuhaimi Shuib yang bertajuk “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”.

Ucapan Aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Noor Azman Abd Rahman, Pengarah KEMAS Negeri Kedah seterusnya dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, ADUN Sungai Limau.

Sesuai dengan kembara ilmu dan komuniti sejahtera, YB Ustaz Mohd Azam mengambil kesempatan mengingatkan para hadirin untuk sentiasa mengimarahkan majlis ilmu serta memperbetulkan niat dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Kita salam dan cium anak setiap kali menghantar mereka ke sekolah dengan harapan anak-anak kita menjadi baik seperti anak orang lain. Anak kita mungkin menjadi seperti kita inginkan, tetapi alangkah baiknya jika kita bersalam, sayang dan cium mereka dengan niat mengikuti sunnah nabi dan perintah Allah untuk menyayangi anak-anak. Tentu ganjaran dariNya akan berbeza,” tambah beliau.

Turut hadir bersama ialah Pn. Marsyitah Mohamad Radzi, Pegawai KEMAS Daerah Yan, Tuan Haji Mohamed Yusof, Timbalan Pengerusi Masjid Ar Rahmah Qariah Sg Belida serta kakitangan KEMAS Parlimen Jerai.