Home Berita PAS Kedah

Bantuan beras sejahtera DUN Kuala Nerang

75
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 2 Dis – Seramai 50 orang penduduk menerima bantuan beras sejahtera melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Nerang bersama PAS Padang Terap, semalam.

Yang Dipertua PAS Padang, Ustaz Mohd Azam turut mengiringi Wakil Rakyat YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria bagi menyampaikan bantuan tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang hadir bagi menerima beras sejahtera, sedikit barangan dari kerajaan negeri dan YB Hj Munir atas keperihatinan terhadap rakyat”, ujar Ydp.
“Bersyukur atas perkongsian yang Allah kurniakan. Perlu sabar dengan ujian hujan yang berpanjangan hingga menjejaskan ekonomi khasnya kepada penoreh getah”, tambah Ydp lagi dalam ucapan beliau.

Menurut YB Munir dalam ucapan ringkasnya, beliau menyeru agar semua bersyukur kepada Allah atas nikmatNYA.

“sumbangan beras sejahtera akan berterusan setiap bulan dan mensasarkan 200 penerima di sekitar DUN Kuala Nerang, oleh itu saya menyeru supaya kita sama-sama menyokong YAB MB terutama dalam usaha memerangi maksiat judi dan arak”, ujar Yb lagi.

Turut hadir sama dalam menjayakan program tersebut ialah jawatankuasa PKWR dan jawatankuasa JprD Kuala Nerang.