Home Berita PAS Kedah

Hubungan PAS dan Bersatu Baling terus kukuh dan erat

129
SHARE

Oleh SABRI ABU BAKAR

BALING, 2 Dis – Hubungan pemimpin PAS Kawasan Baling dan Bersatu Bahagian Baling dalam Perikatan Nasional (PN) diperkukuh.

Sebagai tanda pengukuhan hubungan yang semakin erat, Yang Dipertua PAS Baling, Ustaz Hassan Saad dijemput hadir ke Majlis Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Baling  bertempat di Dewan Tun Razak Baling semalam.

Seramai 530 ahli Bersatu Bahagian Baling hadir dalam majlis berkenaan.

Ia dihadiri Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Malaysia yang juga

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Kedah merangkap Ketua Bersatu Bahagian Baling, Mohd Taufik Yaacob.

Majlis dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kedah, Datuk Suhaimi Abdullah.

PN Baling turut dilancarkan dalam program tersebut sekaligus menandakan persediaan kedua-dua parti menghadapi PRU-15 yang semakin hampir.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan Baling, Mejar (B) Mansor Zakaria, ADUN Bayu, Abd Nasir Idris dan Naib YDP PAS Kawasan Baling, Md Zuki Yusof serta Ketua Dewan Ulama PAS Baling, Marzuki Yusof.