Home Berita PAS Kedah

OKU antara penerima Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA)

369
SHARE

Oleh WAN AMIRUL ASYRAF

POKOK SENA, 30 Nov – Seorang OKU pertuturan antara penerima Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang hadir menerima bantuan KIDA, semalam.

Exco  Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, dan Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Wan Romani Wan Salim berkata kehidupan masyarakat hari ini sangat tertekan, ada dikalangan mereka membuat beberapa perkerjaan bagi menyara keluarga mereka.

“Bantuan KIDA ini dilihat sebagai langkah tepat pihak kerajaan bagi membantu mereka yang kesusahan, dimaklumkan bahawa seramai 250 wakil keluargatelah terpilih menerima inisiatif kali ini”, kata Wan Romani ketika ditemui.

 

Menurut Pemangku Pengarah NCER Negeri Kedah, En Zaharin bin Zahari, melalui inisiatif kali ini para penerima akan menerima wang belanja bulanan sebanyak RM250 setiap bulan dan boleh berbelanja di beberapa kedai terpilih di Daerah Pokok Sena ini.

Katanya lagi, penerima turut menerima bantuan perubatan bernilai RM500, kesemua inisiatif ini akan boleh digunakan bermula awal tahun 2022.

Seorang penerima, Siti Fatimah bt Desa dari Kg Nawa menyatakan rasa syukur atas bantuan dan perhatian pihak kerajaan ini.

Kepada yang ingin memohon bantuan isinar ini boleh membuat permohonan melalui laman sesawang atau terus ke Pejabat Daerah dan Pejabat Kebajikan setiap daerah.

Program bantuan ini merupakan program kerjasama Kerajaan Negeri Kedah bersama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).