Home Berita PAS Sabah

RETREAT DPPKT “BERSEDIA MENDEPANI PRU-15”

44
SHARE

Oleh : Syafiq Rahim

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT) telah mengadakan program Retreat pada 27 dan 28 haribulan baharu ini di Taman Bukit Tawau bagi merancang dan mengatur aktiviti kepemudaan untuk sesi 2021/2023.

Ketua Pemuda, DPPKT , Ustaz Rosli Hasani berkata, Dewan Pemuda sentiasa bersiap siaga dan komited dalam mendepani PRU-15 bagi memberi pelbagai manfaat khusus kepada masyarakat Tawau dengan program dan aktiviti berimpak besar sesuai dengan tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia tahun ini, Demi Islam Pemuda Istiqomah.

“Kita sebagai pemuda PAS mesti memiliki 7 sifat unggul muslimin sejati dalam mendepani ujian dan cabaran dalam bergerak kerja antaranya menjaga hubungan kepada Allah dan berusaha menjaga kesihatan tubuh badan untuk berkhidmat kepada agama, masyarakat serta negara kita”, katanya dalam ucapan penutupan Program Retreat DPPK Tawau tersebut.

Program dirasmikan oleh Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Tawau, Amboase Ramano.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau memperingatkan kepada para pemuda agar terus Istiqomah menjaga amalan membaca Al Quran, tidak leka dengan ujian kesenangan dan taat serta wala’ kepada pimpinan.

Program yang diadakan selama dua hari tersebut turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa DPPK Tawau bersama beberapa ahli pemuda daripada cawangan-cawangan PAS Tawau.

#Dppkt
#DemiIslam
#PemudaIstiqomah