Home Berita PAS Kedah

Ziarah penduduk yang sakit

118
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 11 Nov – Pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu menziarahi dua orang penduduk yang sakit, dekat sini.

Sumbangan barangan keperluan asas diberikan kepada seorang warga emas yang terlantar sakit tua di Kampung Bagan dan seorang lagi penduduk yang terlantar kerana jatuh di Kampung Bendang Tok Teri.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu, Ustaz Mohamad Kossim mewakili ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin.

“Semoga mereka sekeluarga tabah hadapi ujian.

“Kepada anak-anak jagalah ibu ayah dengan sebaiknya.” kata Ustaz Mohamad.