Home Berita PAS Selangor

LPN dan DHPP Gombak serah sumbangan sempena sambutan Deepavali – PAS Gombak

126
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 31 Oktober – Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Gombak dengan kerjasama Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kawasan Gombak, hari ini telah menjayakan majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat India di DUN Hulu Kelang.

Sumbangan yang telah disampaikan ini adalah bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali yang bakal menjelang dan akan disambut oleh seluruh masyarakat India.

Sekalung tahniah diucapkan buat Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak, Saudara Rida Hadafi, Ketua PAS DUN Hulu Kelang, Ust Imran Selamat, Ketua DHPP Kawasan Gombak, Puan Sarojinee Murugiah, Dr Jusoh serta AJK dan urusetia majlis.

Dikhabarkan bahawa, program ini merupakan kali pertama anjuran LPN PKG untuk sesi 2021-2023. Semoga para penerima dapat menyambut Deepavali dengan lebih ceria pada tahun ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor