Home Berita PAS Kedah

Naik taraf gelanggang takraw

81
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

 

KUALA NERANG, 30 Okt – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kuala Nerang bersama PAS Padang Terap menjalankan kerja menaik taraf kemudahan gelanggang takraw di Kampung Tanjung Jalan Tualak, dekat sini.

ADUNnya, YB Munir Zakaria, berkata kerja menaik taraf kemudahan gelanggang takraw ini melibatkan aktiviti meratakan permukaan gelanggang untuk keselesaan pengguna.

Hadir sama ialah Yang DiPertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, jawatankuasa PKWR dan jawatankuasa JPRD Kuala Nerang serta orang kampung tersebut turut serta membantu.