Home Berita PAS Kedah

Wan Romani serah SKIMPAS

217
SHARE

Oleh AMIRUL ASYRAF

POKOK SENA, 19 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim, semalam menyampaikan insentif Skim Kafalah PAS (SKIMPAS)  kepada lapan beradik yang baru kehilangan ibu bapa mereka di Kampung Padang Hassan, di sini.

Waris kepada pencarum menerima manfaat caruman SKIMPAS berkenaan sebanyak RM10 ribu yang disampaikan oleh ADUN Bukit Pinang.

Muhammad Redzuan Ahmad, 20, berkata beliau terkejut rombongan ADUN Bukit Pinang itu datang ke rumah untuk menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan harian kepada keluarga mereka Itu.

Wan Romani berkata insentif Skim Kafalah adalah satu langkah yang sangat tepat dan sangat besar manfaatnya kepada pencarum.

“Skim ini akan memberi manfaat kepada golongan masyarakat yang berdepan dengan masalah kewangan akibat risiko yang tak dapat dijangka”

“Saya menyeru kepada ahli PAS yang masih belum mencarum agar boleh berbuat demikian supaya waris dapat menerima manfaat” katanya ketika ditemui.

Turut hadir bersama menyampaikan insentif tersebut, Wakli SKIM PAS Kedah, Tn HJ Riadzuddin bin Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pokok Sena, Ust Ahmad Hamadah bin Mohamad Shauki.

Wan Romani turut menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada waris dan beberapa orang kampung yang disantuninya di sekitar kampung tersebut.