Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN
NAKA, 17 Okt : YB Mohd Radzi Md Amin dan Pegawai Khas, Mohamad Talib turun lawatan ke rumah anak yatim di Kampung Musa bersama Pertubuhan Saidatina Khadijah Padang Terap pada 10 pagi 14 Oktober 2021.
Wakil pertubuhan Cik Nurul Syafiqah Abdullah dan wakil Penaja Puan Mursyidah Mustafa yang turun sendiri membantu keperluan anak yatim piatu kali ini.
“Kami harap bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga,” kata Cik Syafiqah.
“Lawatan ini bertujuan mengokong penuh kepada usaha NGO yang turun membantu anak yatim di kawasan ini.” Kata YB Mohd Radzi Md Amin.
Encik Mohamad Talib Pegawai Khas YB turut serta santuni anak-anak yatim piatu dan penjaga mereka yang juga ibu tunggal asnaf miskin.