Home Berita PAS Kedah

Amanah dipikul dijalankan sebaik mungkin

40
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 17 Okt – YB Mohd Radzi Md Amin berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Penutup Suntikan Vaksin di Dewan Putera Kuala Nerang pada 14 Oktober 2021.

Majlis bermula jam 1 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang.

Majlis diadakan untuk menghargai sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Padang Terap yang telah berjasa kepada masyarakat sepanjang tempoh Program Suntikan Vaksin dilaksanakan di sini.

Turut hadir ADUN Kuala Nerang, YB Munir Mohamad Yusoff bin Zakaria, Pengarah Pejabat Daerah Padang Terap Datuk Shuhaime bin Abd Rahman, dan Ketua Polis Daerah Padang Terap YDH DSP Mulkiaman Mandar.