Home Berita PAS Kedah

Waris setuju perpindahan pelajar SKBM

29
SHARE

Oleh AMAL NABILA

ALOR SETAR, 17 Okt : Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam (SKBM) akan dipindahkan ke sekolah lain ekoran dengan runtuhan tanah dan batu besar berdekatan sekolah tersebut pada Oktober tahun lalu yang membahayakan pelajar dan kakitangan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad hadir bertemu bersama para waris bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Katanya, hasil siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Cerun melalui surat bertarikh 12 Mac 2020 kawasan itu dikenal pasti sebagai amat berbahaya dan pihak JKR mencadangkan supaya sekolah itu dipindahkan ke kawasan lain yang lebih selamat.

“Kedudukan sekolah yang tidak jauh dari kawasan cerun bukit memungkinkan risiko kejadian berulang.

“Perpindahan sementara ini dibuat selepas kita mengambil kira pandangan pakar bahagian cerun termasuk pihak berautoriti lain. Bahkan perkara ini telah dibincangkan bersama para waris dan dipersetujui mereka,” katanya.

Maklum beliau lagi, mengenai bantahan yang dilakukan oleh pihak tertentu dilihat bermotifkan politik dan kepentingan peribadi.

“Perpindahan berkenaan bukan sahaja sementara malah kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan bas bagi mengambil dan membawa pulang semua murid terlibat,” ujar beliau.