Home Berita PAS Kedah

Lumpuh sejak lahir

218
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

YAN, 17 Okt – “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul” Itulah peribahasa sesuai buat seorang pemuda berusia 39 tahun yang tinggal di Kampung Ruat, Yan.

Mohd Fakri Ramli yang lumpuh sejak lahir tinggal seorang diri di rumah peninggalan ibu dan bapanya.

Namun begitu, kakaknya Che Nah Ramli 50 tahun bersama suami sering menjenguk keadaan Mohd Fakri.

Mohd Fakri tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana hanya mampu terbaring.

Menurut kakaknya, semua keperluan adiknya itu perlu diurus termasuklah diberikan mandi dan juga menyuapkan makanan.

“Saya dan suami sering datang menjenguk memandangkan rumah kami hanya bersebelahan,” katanya.

Che Nah berkata adiknya ada mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wang berkenaan digunakan untuk membeli keperluan Mohd Fakhri.

Nasib yang menimpa adiknya itu mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit.

YB Ustaz Sabri menghantar wakil bagi menyumbangkan sebuah katil khas untuk pesakit lumpuh buat Mohd Fakhri.

Che Nah berkata pemberian ini sangat bermakna buat dirinya dan adik.

“Sebelum ni adik hanya terbaring di atas tilam dan lantai tanpa ada katil, jadi dengan adanya katil ini memudahkan saya menguruskan dia,” katanya.