Home Berita PAS Kedah

Gotong royong bantu baiki rumah OKU dan Ibu tunggal

326
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

JERLUN, 12 Okt – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Ayer Hitam mengadakan aktiviti gotong royong membaiki rumah milik golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal, di KEDA Pochan dan KEDA Wang.

“Rumah milik seorang OKU penglihatan, Zainon Osman ditukar keseluruhan bumbung rumah dapur yang telah sekian lama uzur” Ujar Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim.

Menurut beliau lagi pasukan sukarelawan yang cekap dan pantas sangat membantu menjalankan proses membaiki dengan profesional, sehingga keseluruhan bumbung rumah milik ibu tunggal, Jamaliah Salleh yang terletak di KEDA Wang dapat ditukar dengan lancar.

Terdahulu beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Amal Kedah atas sumbangan barang kelengkapan membaiki rumah berupa zink dan kayu untuk membaiki dua buah rumah tersebut.