Home Berita PAS Pahang

Warga milenia barisi kepimpinan Pemuda PAS Bentong

102
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

BENTONG, 12 Okt. :: Dewan Pemuda PAS Bentong berjaya menyusun kepimpinan baru 2021/2023 dengan mengekalkan sebahagian besar ahli jawatankuasa sedia ada bagi memenangkan PAS menjelang PRU ke-15, kelmarin.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Khairuddin Abdullah sebulat suara mengekalkan Mohd. Naqib Sahimi selaku Ketua Pemuda PAS Bentong dan memilih muka baru, Azhari Sanusi selaku Timbalan Ketua.

Sementera itu, Khairuddin menggalas tugas selaku Timbalan Pengerusi Tetap, beregu bersama Timbalannya, Ustaz Roslan Md Esa yang diangkat sebagai Pengerusi Tetap.

Perkara ini menunjukkan keserasian diantara mereka diterima baik oleh dewan pemuda dan kolaborasi ini diharap dapat terus dikekalkan bagi membantu abnaul harakah yang terdiri daripada golongan milenia.

“Pemuda kawasan Bentong rata-rata daripada kalangan warga milenia dan kita tidak teragak-agak melantik mereka menerajui kepimpinan Pemuda malah adanya mereka membawa sinar pelapis kepimpinan untuk akan datang,” kata Mohd Naqib di dalam ucapan penangguhannya.

“Pemuda milenia ni perlu ada dalam kepimpinan Pemuda PAS kerana kita mahukan pendekatan dakwah dan politik yang lebih fresh mengikut perkembangan semasa.

“PAS Kawasan dan Dewan Pemuda, ‘DNA’  sama tapi pendekatan kita perlu berbeza. Tugas pemuda semakin berat dan rencam sejajar peredaran zaman dan kami perlukan kepercayaan serta nasihat orang lama bagi meneruskan amanah perjuangan ini,” ujar Naqib lagi.

Beliau turut menyentuh rentetan kerajaan meluluskan anak muda berumur 18 untuk mengundi pada PRU ke-15 nanti, Pemuda PAS perlu mencari jalan menarik perhatian orang muda yang kini tenggelam dalam arus media sosial supaya mereka tertarik kepada PAS dan keluar mengundi pada PRU itu nanti.