Home Berita PAS Melaka

Pokok tumbang: MPAG mesti ambil tindakan segera- Azmi Sambul

76
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 12 Okt: Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Kuala Linggi, Ustaz Azmi Sambul menggesa pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) agar mengambil tindakan segera terhadap isu pokok besar yang kemungkinan patah atau tumbang.

“Saya harap pihak MPAG buat pemantauan yang lebih kerap. Kenal pasti pokok-pokok yang besar, tua dan ada kemungkinan boleh patah atau tumbang. Ini boleh membahayakan penduduk dan orang ramai yang lalu lalang di sini.

“Kita tak nak kejadian pokok tumbang di Taman Kuala Permai sehingga menghempap rumah semalam berlaku lagi,” ujarnya.

Ustaz Azmi berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika mengadakan ziarah ke atas mangsa kejadian itu, di sini, petang semalam.

Tinjauan yang dibuat WARM petang semalam juga mendapati rata-rata penduduk menzahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut yang telah menghempap tiga buah rumah di taman perumahan itu.

Jariah Jidin, 67, turut berkongsi kebimbangan dengan penduduk lain kerana pokok-pokok ini berada di hadapan rumah beliau.

“Bila angin datang akak terus takut sebab pokok ni dekat dengan rumah akak nanti kalau jatuh macam mana?” ujar beliau bimbang.

Sementara itu seorang mangsa yang rumahnya terlibat dengan kejadian dihempap pokok itu, Patimah Ab Rahman bersama dua anaknya masih trauma dengan kejadian yang menimpa beliau itu.

“Saya kalau ikutkan hati dah lama saya pindah duduk tempat lain tapi saya dah beli rumah ni. Bila bunyi desiran angin pokok saya mula rasa tak menentu.

“Jangan sampai dah hilang nyawa baru nak bertindak,” ujar beliau dalam nada geram.

Sementara itu, anak beliau Mohd Afiq Kamaruzaman, 24, turut sedih kejadian yang menimpa keluarga beliau.

“Kereta saya rosak teruk. Cermin belakang retak akibat dahan yang jatuh atas rumah kami,” tambah beliau semasa ditemui.

Ustaz Azmi menyampaikan sumbangan

Sementara itu Ustaz Azmi turut menyampaikan memberi sedikit bantuan bagi pihak JPRD PAS Kuala Linggi kepada mangsa Patimah serta keluarga.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah yang diwakili Ahli Jawatankuasanya, Mohd Taufik Jamil.

Wakil Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Taufik sedang menyerahkan sumbangan.