Oleh CHE MAZIAH MAT
KUALA KRAI, 27 Sept: Program ‘Lalu Ambil’ diadakan khas untuk merai 209 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di Pusat Tarbiyah Islamiah, Kuala Krai.
Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman memaklumkan RM41,800 telah dibelanjakan untuk bakal mahasiswa tersebut sebagai tanda kebersamaan dan sokongan atas semangat mereka meneruskan pendidikan di kampus.
“Saya cukup gembira melihat wajah anak-anak yang bersemangat ini dan ibu bapa yang hadir mengiringi sebagai tanda restu atas kejayaan anak-anak mereka ke menara gading.
Saya mendoakan semoga anak-anak Kuala Krai yang berjaya ke IPT (dalam dan luar negara) ini dikurniakan ilmu yang bermanfaat, serta mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat”, katanya ketika dihubungi.