Home Berita PAS Kelantan

Dialek Kelantan menyatukan kaum

130
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 22 Sept: Kaum Cina di Kelantan lebih fasih dan selesa berbual sesama mereka menggunakan dialek Kelantan.
Mereka juga mengamalkan budaya hidup yang sama sebagaimana masyarakat Melayu di Kelantan seperti makan menggunakan tangan, memakai kain pelikat dan makan budu.
Bahkan sebilangan mereka dipanggil mengikut nama Melayu seperti Hassan dan Hussin.

Ketika ditemuramah menerusi slot Fokus anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN), Pegawai Khas Menteri Besar Kelantan (Perhubungan Antara Kaum), Lau Chin Chua berpesan kepada semua lapisan kaum di Kelantan, supaya sentiasa bersyukur dan bangga dengan apa yang kita ada sekarang.

“Berusahalah untuk mencapai yang lebih baik lagi pada masa akan datang untuk meneruskan keharmonian demi kebaikan generasi masa hadapan”, katanya.

Beliau yang digelar ‘Rasyid’ oleh orang kampung, amat berterima kasih kepada pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan kerana sentiasa cakna menjaga hak dan kepentingan kaum di Kelantan tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.