Oleh SUHAIZI KADIR
KOTA BHARU, 14 Sept: Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail mewakili ADUN Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah menyampaikan sumbangan kepada 43 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Pusat Pembangunan Komuniti DUN Kota Lama, semalam.
Menurut Mohd Mortazi, setiap pelajar menerima RM200 tunai sebagai galakan untuk mereka yang akan melanjutkan pengajian ke menara gading.
Turut hadir, Penghulu Tanpa Mukim, Saifullah Zainuddin serta kakitangan DUN Kota Lama.