Oleh NORZANA RAZALY
PENGKALAN CHEPA, 13 Sept: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mana Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, melalui program Musaadah COVID-19, sebanyak RM591.9 juta sejak Mac 2020 telah dibelanjakan untuk membantu semua golongan terkesan tanpa mengira bangsa dan agama.
YB juga menegaskan sekalipun ia dikutip dan diagihkan oleh agensi Hal Ehwal Islam, sumbangan tersebut harus dan boleh digunakan untuk membantu semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama. Sebab rahmat Islam itu untuk seluruh bangsa, malah seluruh alam.