Home Berita PAS Kedah

Exco Kedah sokong usaha kerajaan capai komuniti kelompok

194
SHARE

ALOR SETAR, 13 Sept – Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Wan Romani Wan Salim membuat lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kota Setar Khamis lalu sebagai tanda menyokong usaha pihak kerajaan mencapai komuniti kelompok.

“Saya melihat kesungguhan semua pihak di Negeri Kedah untuk mencapai komuniti kelompok harus diberi pujian.

“Hari ini sahaja saya di maklumkan bahawa banyak PPV yang sedang berjalan secara serantak dinseluruh Negeri Kedah”, katanya ketika ditemui.

Tambahan beliau, masyarakat boleh hadir secara “walk-in” bagi menerima vaksin disini.

Program yang sudah memasuki hari terakhir di sini merupakan Program Mobalisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perpaduan Negara dengan Kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kesejateraan Komuniti Kemeneterian Pembangunan & Kerajaan Tempatan, sambutan masyarakat disini sangat baik dan luar jangka.