Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Vaksinasi Dos Kedua Di SK Peria

225
SHARE

KUALA KRAI, 6 Sept: YB Abdul Latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai telah hadir meninjau Program Outreach Vaksinasi Dos Kedua di Mukim Peria yang diadakan di SK Peria, pagi ini.

Abdul Latiff berkata, jika beliau berqada di kUala kRai beliau pasti hadir di setiap program outreach vaksinasi sebagai tanda sokongan kepada usaha pihak kerajaan khususnya KKM.

“Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kuala Krai sudah hampir 50% telah menerima vaksin, manakala warga emas sudah mencapai 80%. Walaubagaimana pun, dengan jumlah penduduk sekitar 50% lagi yang belum menerima vaksin, kita tetap perlu bekerja keras bagi memastikan sasaran dapat dicapai secepat mungkin”.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai telah bersedia menerima peserta yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara walk in. Oleh itu, bagi mana-mana warga Kuala Krai yang belum menerima vaksin boleh hadir pada bila-bila masa di PPV yang terdapat di Kuala Krai ini.

#imuniti_kelompok
#lindung_diri_lindung_semua