Home Berita PAS Kelantan

Khidmat ‘leminit’ Kad ‘Sijil Vaksin’ di PKD Kuala Krai

266
SHARE

KUALA KRAI, 6 Sept: Pihak PKD di Kuala Krai ada menyediakan perkhidmatan ‘leminit’ kad vaksin selepas penerima vaksin menerima dos kedua di program outreach.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, “bagi penerima vaksin melalui program outreach, mungkin akan mengambil masa untuk sijil mereka dikeluarkan secara digital, maka kad ini boleh digunakan buat sementara waktu. Sebab itu perlu dileminitkan supaya tahan lasak”.

Dalam pada itu, Abdul Latiff memaklumkan bahawa eberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka untuk penerima vaksin secara walk-in.

“Sukacita dimaklumkan kepada warga Kuala Krai bahawa pemberian vaksin secara walk in telah dibuka di 6 PPV seluruh Kuala Krai, iaitu pada sesi pagi sahaja”.

6 PPV tersebut ialah:
1. Dewan Sri Guchil
2. Klinik Kesihatan Bandar (KKB)
3. Klinik Kesihatan Pahi
4. Klinik Desa Keroh
5. Manek Urai Baru (Dewan Majlis Daerah Dabong / Dataran Lemang Baru)
6. Dewan Majlis Daerah Dabong, Dabong

Abdul Latiff turut mengajak masyarakat Kuala Krai khususnya untuk menyahut usaha kerajaan ini secepat mungkin, agar semua masyarakat dapat dilindungi daripada wabak Covid19 selepas  bertawakkal kepada Allah.

#Imuniti_Kelompok
#Lindung_Diri_Lindung_Semua