Home Berita PAS Kelantan

KESEDAR anjur Program Ziarah Merdeka

97
SHARE

KUALA KRAI, 3 Sept: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan Program Ziarah Merdeka sebagai salah satu program Tanggung \jawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff turut dijemput dalam program ziarah tersebut bersama-sama Timabalan Pengurus KESEDAR, Wan Rahimi Wan Salleh.

Piahk KESEDAR telah memilih penerima-penerima tersebut berdasarkan golongan B40 dalam data mereka dan sebanyak 10 buah rumah berjaya dijejaki di sekitar Kuala Krai.

Abdul Latiff menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wan Rahimi Wan Salleh dan pasukannya dan berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat Covid-19.