Home Berita PAS Kelantan

Santai Anugerah Merdeka suntik semangat patriotik

163
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 1 Sept: Program Santai Anugerah Merdeka diadakan untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan anak muda Kelantan dan masyarakat sejagat memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan sebenar.

Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS), Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata demikan ketika ditanya tentang persediaan U-BeS mendidik generasi muda Kelantan selaku pewaris negeri.

“U-BeS berperanan dalam memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa anak muda Kelantan agar mereka berjaya menghayati pengorbanan dan perjuangan para pahlawan yang telah gugur demi mencapai kemerdekaan negara.

Kita juga berharap anak muda Kelantan selalu mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran dalam negara yang dikecapi hingga ke hari ini. Sekali gus, mengekalkan negara bangsa yang merdeka untuk diwarisi generasi hadapan”, hurainya.

Acara bertema patriotik itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat menerusi platform digital U-BeS pada pagi 31 Ogos, lalu.

#ViraliyatBerita4ptg
#SelamatHariKebangsaanKe64
#MalaysiaPrihatin