Home Berita PAS Kelantan

Bantuan RM100 ribu untuk pemain industri sukan di Kelantan

140
SHARE

Oleh CHE MOHD IRMAN ISMAIL

TUMPAT, 1 Sept: Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Portfolio Belia, Sukan Dan NGO Negeri memperuntukkan RM100,000 bagi meringankan beban para pemain industri sukan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengerusinya, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, dana tersebut disalurkan melalui bantuan bakul makanan kepada mereka yang terlibat melalui siri jelajah yang dilaksanakan bersama persatuan sukan.

“Termasuk juga kepada 335 sukarelawan MyVac terdiri daripada Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) yang digerakkan di 23 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri bagi membantu Kementerian Kesihatan melancarkan Program Vaksinasi”, katanya selepas pelancaran Kayuhan Merdeka bersama rakyat Pengkalan Kubor.