Home Berita PAS Kelantan

Penduduk Temangan terima vaksin di Program Mobilisasi Vaksin Komuniti

101
SHARE

TEMANGAN, 26 Ogos: Seramai 1450 orang penduduk di sekitar DUN Temangan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di dalam kemudahan bas bergerak di bawah Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), yang berjalan selama 3 hari bermula 24 sehingga 26 Ogos 2021.

Selain itu, pemberian vaksin secara pandu lalu juga dilakukan bagi golongan warga emas yang kurang berkemampuan dari segi kesihatan.

Hal ini tidak lain dan tidak bukan, untuk memudahkan penduduk khususnya disekitar DUN Temangan untuk menerima suntikan Vaksin Covid-19.

Pihak DUN Temangan menyampaikan penghargaan secara khusus kepada para doktor dan kakitangan KKM Daerah Machang yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta kepada para pembantu dari Jabatan Amal dari Dewan Pemuda PAS Machang, Ameerah dari Muslimat PAS Machang, Briged Muslimat PAS Kawasan Machang, dan semua yang terlibat.