๐๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ
๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ฆ๐ฒ-๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐ฃ๐๐ฆ)
๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐: ๐จ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง, ๐ฃ๐๐๐จ ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawa oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia adalah amat wajar diangkat dengan berasaskan Perlembagaan Persekutuan yang telah terbukti mampu mewujudkan keharmonian dalam negara.
Kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang makin membuahkan hasil adalah bukti bagaimana semua pihak sebenarnya berperanan dalam membantu negara mencapai sasaran imuniti kelompok dengan kadar segera. Sehingga kini, lebih 55 peratus populasi dewasa telah selesai divaksinasi.
Selain itu, inisiatif kerajaan menerusi usaha meningkatkan kuasa beli pengguna dan mengangkat semula sektor swasta diharapkan dapat membantu rakyat yang bergelut dengan masalah ekonomi seterusnya menjana pendapatan negara keseluruhannya.
Saya yakin dan percaya, jika setiap pihak di dalam ‘Keluarga Malaysia’ ini meletakkan fokus yang sama iaitu untuk kesejahteraan tanah air tercinta, maka tiada perbezaan yang dapat menggugat keharmonian kita bersama.
Semoga kabinet baharu yang akan ditubuhkan nanti mampu untuk mengembalikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara seperti yang dinyatakan dalam ucapan sulung YAB Perdana Menteri ke-9.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
23 Ogos 2021 | 14 Muharram 1443
#KeluargaMalaysia
#IslamMemperkukuhkanPerpaduan
#MalaysiaSejahtera
#MalaysiaPrihatin