Oleh RABIATON KARIM
KUALA KRAI, 20 Ogos: PKPD Lela Jasa yang bermula 17 Ogos sehingga 30 Ogos 2021 adalah yang kedua dilaksanakan di Kuala Krai melibatkan 52 keluarga selepas tercetusnya Kluster Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram yang diumumkan pada 11 Ogos 2021.
Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman ketika dalam perjalannya ke Kuala Lumpur minggu lalu, sempat singgah di pos kawalan PKPD Kampung Lela Jasa untuk meninjau perjalanan operasi serta keperluan mereka yang terlibat dengan PKPD tersebut.
Menurut Abdul LAtiff, semalam, pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai saudara Zamri Jusoh telah mengiringi YB Mohd Fauzi Abdullah ADUN Manek Urai merangkap Timbalan Yang di-Pertua Pas Kawasan Kuala Krai menghantar bantuan kepada kesemua 52 keluarga terlibat.
“Bantuan dalam bentuk bahan makanan mentah, ayam dan sayur adalah kali kedua disalurkan. Kali pertama ialah bahan mentah sahaja pada 13 & 14 Ogos yang telah dihantar oleh Penghulu Zamri Mukim Laloh sebelum PKPD dikuatkuasakan.
Beliau berharap agar semua warga Kampung Lela Jasa yang terlibat dapat terus bersabar dan menjaga kesihatan masing-masing dan pihaknya akan sentiasa memantau keperluan semasa bersama-sama dengan agensi terlibat.
#PKPDLelaJasa
#BantuanKRAiTiFF