Home Berita PAS Johor

Pemuda PAS Bakri santuni masyarakat di PPV Muar

98
SHARE

Oleh ISKANDAR GHANI

MUAR, 22 Ogos : Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Bakri dengan kerjasama NGO Milennial Muar telah menyantuni masyarakat setempat dan petugas-petugas barisan hadapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Muar yang bertempat di Dewan Jubli Intan Muar, di sini semalam.

Sebanyak 240 unit bungkusan makanan tengahari telah disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda DPPK Bakri, Muhammad Arif Hamzah dengan 100 unit daripadanya diserahkan kepada wakil penyelaras PPV, Zulkifli Othman untuk diagihkan kepada para petugas.

Muhammad Arif kemudian mengagihkan sebanyak 140 unit baki bungkusan kepada orang ramai yang telah selesai menerima vaksin masing-masing di pintu keluar PPV.

Menurut beliau, orang ramai mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada pihaknya atas sumbangan yang diberikan.

“Semoga sedikit sumbangan ini diharapkan dapat membantu orang ramai untuk terus kuat dalam bertarung dengan suasana pandemik yang melanda negara” kata beliau.

Beliau juga turut disertai seramai enam orang petugas yang terdiri daripada ahli jawatankuasa DPPK Bakri dan NGO Milennial Muar untuk mengedarkan sumbangan tersebut.

Untuk rekod, PPV yang diurus selia oleh pihak Southern Volunteers ini merupakan satu badan yang diinspirasikan oleh Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Peranan Southern Volunteers antaranya adalah untuk menjadi pemangkin pembentukan budaya kesukarelawan dalam kalangan belia Johor.