TUMPAT, 14 Ogos: Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad bin Yakob hari ini meluangkan masa melawat kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) serta menyantuni para petugas barisan hadapan yang bertugas menjaga kawasan PKPD tersebut.
Beliau yang juga ADUN Pasir Pekan hadir untuk menyampaikan sumbanagn bekalan bantuan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas PKPD iaitu di Kampung Berlian, Mukim Sungai Pinang.
Bantuan bekalan tersebut diberikan kepada petugas barisan hadapan untuk di agohkan kepada penduduk yang terkesan di kampung tersebut.
Beliau turutt berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses pengagihan sumbanagan ini dan petugas yang menjaga kawasan PKPD yang terlibat.