Home Berita PAS Kelantan

Anugerah Hijratul Rasul 1443H libatkan pelbagai kategori

100
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KOTA BHARU, 15 Ogos: Periystiharan anugerah tokoh bersempena majlis sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1443 H/2021 M diumumkan melalui laman sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) Negeri Kelantan pada 11 Ogos lalu.

Pelbagai kategori anugerah diberikan kepada tokoh dan penerima dimulakan dengan Tokoh Saudara Kita diterima oleh Abdul Halim Teng Abdullah.

Disusuli, Anugerah Jajahan Cemerlang pula mengiktiraf JKota Bharu sebagai johan, diikuti Bachok merangkul naib johan dan tempat ketiga milik Machang.

Untuk Anugerah Khas Frontliner, penerimanya ialah Dr Abdul Haris Muhammad selaku Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Kelantan, ASP Mohd Said Mamat dan SJN Nasrudin Mudin (PDRM), Muhammad Nur Rayyan Abdullah ( Markas Briged Ke-8 Infantri), Raja Arisansahseni Raja Semail dan Mohd Azlan Zainal (Jabatan Bomba dan Penyelamat), Kapten Mohd Arif Mohd Zain (Jabatan Pertahanan Awam) serta Mior Muhammad Taufik Mior Burhanuddin (Ikatan Relawan Rakyat).

Sementara itu, Mohd Radzuan Hamat (Ketua Pegawai Eksekutif/Pemilik Duan Enterprise Kilang Ayam Proses & OEM) dari Bachok dan Nor Aziah Ariffin (Pengurus/Pemilik B.G.E Food Industries (M) Sdn. Bhd) dari Machang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Dai’e Halal.

Anugerah Sekolah Terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dikalongkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong (Maahad Kawalan Terbaik 2020), Maahad Muhammadi Pasir Pekan (Maahad YIK Terbaik 2020) dan SMU(A) Tarbiah Diniah Tok Uban Pasir Mas (SMU Tarbiah Bantuan YIK 2020).

Manakala Anugerah Pelajar Terbaik (Maahad Kawalan) dirangkul oleh Tuan Amir Fauzan Tuan Soh (Maahad Muhammadi Lelaki) dan Ain Qitrin Nazmi (Maahad Muhammadi Perempuan).

Disusuli Anugerah Pelajar Terbaik (Maahad YIK) diberikan kepada Imaduddin Azmil Umor dari Maahad Saniah Pasir Puteh dan Juwairiah Sofeah Saa’ruf, pelajar Maahad Muhammadi Pasir Pekan).

Muhammad Abduh Muhammad A’rif (SMU (A) Mardziah Jabo, Pasir Mas) pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik (SMU Arab Bantuan YIK) bersama Nurul Ain Akmal Rosdi pelajar SMU (A) Maheliah, Geting, Tumpat.

Diikuti Engku Muhamad Afiq Engku Ameri@Engku Azani (SMKA Falahiah, Tumpat) dan Nurul Athirah Muhammad (SMKA Lati, Pasir Mas) meraih Anugerah Pelajar Terbaik (SMK Agama) serta Muhammad Naqiuddin Asyraf Mohammad Talmizi (SMK Kubang Bemban, Pasir Mas), perempuan Wan Amni Najwa Wan Osmera (SMK Sultan Yahya Petra (2) Kuala Krai) pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi Sekolah Menengah Kebangsaan.

Berikutnya, Anugerah Pondok Terbaik diraih oleh Madrasah Yusufiah Kampung Gelang Mas, Pasir Mas (Anugerah Pondok Harapan), Madrasah Raudhatul Ulum Kampung Lawang, Batu Gajah (Anugerah Pondok Inspirasi) dan Madrasah Darul Ulum Kampung Bukit Gedombak, Pasir Puteh (Anugerah Pondok Kreatif).

Seterusnya, dua Kader Pendakwah Pelapis Orang Asli di bawah JAHEAIK menerima Anugerah Kecemerlangan Orang Asli iaitu Jasni Angah dari Pos Balar dan Muhammad Zulkimi Ajem dari Pos Tuel, Gua Musang.

Syabas kepada penganjur dan penerima anugerah. Majlis penyampaian anugerah boleh ditonton di pautan https://www.facebook.com/JaheaikGov/videos/3933358136776111