Home Berita PAS Kelantan

PKD Temangan laksanakan lapan sesi program imunisasi

65
SHARE

Oleh CHE MOHD IRMAN ISMAIL

MACHANG, 10 Ogos: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (PKD) Temangan sudah menyelesaikan lapan sesi program imunisasi kepada masyarakat setempat.

Program itu dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak, Dewan Dato’ Haji Hassan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata Program Pemberian Vaksinasi (PPV) di Dun Temangan bermula 17 Jun hingga 9 Ogos.

“Alhamdulillah, vaksinasi dos pertama kepada 2060 penerima selesai dan 700 penerima melengkapkan dos kedua.

Kita merakamkan penghargaan secara khusus kepada para petugas kesihatan Machang yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi termasuklah Urusetia Penerangan dan Komunikasi kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) yang datang membuat liputan secara langsung.

Begitu juga kepada para pembantu dari Jabatan Amal dari Dewan Pemuda PAS Machang, Ameerah dari Muslimat PAS Machang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Briged Muslimat PAS Kawasan Machang dan semua yang terlibat”, katanya.