Home Berita PAS Kedah

Kedah persiapkan fasiliti vaksinasi lebih besar

172
SHARE

ALOR SETAR, 2 Ogos 2021 : Berikutan kejayaan Kedah mendapat lebih banyak bekalan vaksin daripada MOSTI, daripada 80,000 dos seminggu kepada 226,000 dos seminggu, kerajaan negeri melalui CITF Kedah mengambil beberapa tindakan segera bagi mempercepatkan proses vaksinasi rakyat negeri ini:

1. Membuka Pusat Pemberian Vaksin Mega di SP Sport Center yang berkapasiti 5000 suntikan sehari dengan kerjasama PH Corp. Ia akan memulakan operasi pada 6 Ogos 2021. Kerjasama ini menjadikan PPV Mega ini sebagai PPV Integrasi terbesar di Kedah.

2. Menaiktaraf PPV Awam di Dewan Kenangan Sg Petani sebagai PPV Mega Integrasi bermula pada 11 Ogos 2021.

3. Meneliti cadangan pembukaan PPV Integrasi dilokasi yang bersesuaian bagi meningkatkan jumlah suntikan dan juga menaiktaraf PPV awam kepada PPV Integrasi supaya suntikan vaksin dapat ditingkatkan ke peringkat maksimum dengan penglibatan petugas kesihatan dan bukan kesihatan pihak kerajaan, sukarelawan dan pihak swasta (PH Corp).

Vaksinasi adalah jalan keluar yang daripada pandemik Covid19 yang kita ada pada masa ini. Kerajaan negeri memberi tumpuan penuh kepada program vaksinasi sebagai langkah menghadapi peningkatan kes yang kian bertambah di seluruh daerah.

Selain PPV awam di Klinik dan Pusat Kesihatan Kerajaan, PPV Integrasi, Pusat Kesihatan dan Hospital Swasta, Kedah juga membuka PIKAS di dua lokasi iaitu di KHTP dengan kapasiti 3000 suntikan sehari dan PIKAS Sg Petani dengan kapasiti 5000 suntikan sehari. PIKAS berikutnya yang menanti kelulusan MITI dan MOSTI adalah di Jitra untuk menampung vaksinasi pekerja industri di Alor Setar dan Kubang Pasu.

PPV Integrasi Langkawi juga sedang beroperasi ditahap maksimum pada waktu ini selain vaksinasi secara outreach di Bukit Malut dan Pulau Tuba.

Selain PIKAS, PPV Awam, PPV Mega dan Intergrasi, semua daerah di Kedah juga mula menggerakkan program vaksinasi secara outreach, iaitu PPV bergerak ke dalam komuniti luar bandar.

Dengan persiapan yang kita lakukan di Kedah, kita yakin 80% penduduk Kedah akan menerima dos lengkap vaksin menjelang akhir bulan Oktober atau awal bulan November. Dengan itu, kita berharap program vaksinasi yang dipertingkatkan saban hari akan membina imuniti kelompok, seterusnya menurunkan kes positif di Kedah.

Secara tidak langsung, imuniti kelompok ini mampu menyelesaikan kekurangan fasiliti rawatan di hospital-hospital yang dilaporkan pada ketika ini.

Sementara itu, patuhilah SOP untuk keselamatan kita bersama.

Sekian.

Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah