Home Berita PAS Perak

Taat perintah Allah dalam segenap perkara – Ustaz Salleh

62
SHARE

Oleh: Danisya Ismail

TAMBUN: Derhaka iaitu keingkaran melaksanakan tuntunan Allah SWT akan melahirkan kemurkaanNya, demikian perkongsian dikongsi Pengerusi Pertubuhan Komuniti Peduli Ipoh (PKPI), Ustaz Salleh Said.

Katanya, di dunia ini adanya makhluk yang beriman akan wujudnya Allah, namun yang menyebabkan iblis dilaknat oleh Allah ialah kerana enggan untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Beliau berkata demikian sempena program bual bicara Asatizah anjuran Asatizah Tambun yang berlangsung secara atas talian menerusi Facebook (FB) Live, semalam.

“Ada watak-watak yang terkandung di dalam Al-Quran. Antaranya (pertama) malaikat dan (kedua) iblis. Watak malaikat, dia melihat siapa yang perintah. Ini yang dipanggil berjiwa hamba. Apabila Allah perintah, dia taat. (Maka) dia sujud.

“(Adapun) iblis ini dia buat perbandingan atas perintah Allah. Dia melihat apa yang diperintahkan (oleh) Allah. Bila diperintahkan sujud kepada Adam, dia membuat perbandingan. Adam daripada tanah, dia (iblis) daripada api (menyebabkan) dia tidak mahu sujud pada Adam,” kongsinya.

Jelas Ustaz Salleh watak-watak tersebut juga ada pada manusia pada hari ini di mana mereka yang berjiwa hamba akan taat apa sahaja arahan Allah begitu juga watak sebaliknya.

Oleh itu, Ustaz Salleh menyeru seluruh muslimin muslimat agar terus berusaha mentaati perintah Allah dalam segenap hal tanpa memilih-milih untuk taat dalam hal tertentu sahaja.

“Tanamkan kecintaan bahawa apa yang datang daripada Allah adalah yang terbaik. Bukan sekadar mengaku Allah itu wujud (dan) Maha berkuasa atas segala sesuatu,” pesannya.