KUALA KRAI, 19 Jul: Ahlli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rhaman hari ini, berkesempatan menyerahkan bantuan PeMulih untuk masyarakat Cina dan India kepada Penghulu Cina dan India Parlimen Kuala Krai.
Saudara Wee Eng Hoe (Penghulu Kaum Cina) dan Saudara Jaya Kumar (Penghulu Kaum India) mewakili kaum masing-masing di DUN Mengkebang, manakal bagi DUN Guchil pula diwakili oleh Puan Loo Goik Chin dan Saudara Kumarasamy.
Abdul Latiff berharap agar bantuan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat Cina dan India di samping bantuan sedia ada Kraitiff seperti “Ghobok Makane” dan “Bantuan Kuarantin” yang akan terus berjalan seperti biasa.
Beliau turut menyeru kepada kaum Cina dan India Kuala Krai yang terkesan agar berhubung terus dengan penghulu masing-masing.
#KerajaanBaik
#KerajaanPrihatin.