KUALA KRAI, 11 Jul: YB Abdul Latiff bersama ADUN Dabong, YB Ustaz Ku Mohd Zaki mengambil peluang berada di Dabong bertemu dengan Malim Gunung di Jelawang. Mereka adalah pemandu pelancong untuk mendaki Gunung Stong.
Akibat terkesan dengan penutupan sempena PKP ini, mereka kini tidak dapat meneruskan kerja masing-masing. Gunung Stong setinggi 1,433 meter merupakan lokasi eko-pelancongan di bawah Parlimen Kuala Krai dan terkenal di seluruh Malaysia dan dunia kerana mengalir di kawasan itu adalah Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Selain itu terdapat pelbagai flora dan fauna yang menarik seperti Bunga Rafflesia, Buluh Semuliang, Daun Palas Licuala Stongesis dan halia yang jarang di jumpai selain beberapa hidupan hutan eksotik seperti burung Enggang, kambing hutan, tapir dan sebagainya.
YB Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai menyampaikan sedikit sumbangan untuk 14 malim gunung yang terjejas mata pencarian mereka atas penutupan sektor pelancongan kerana pelaksanaan PKP diseluruh negara.