Home Berita PAS Kelantan

PKD Panchor edar bantuan asas kepada kawasan PKPD

23
SHARE
PENGKALAN CHEPA, 12 Jul: Hari ini merupakan hari pertama bekalan tambahan barangan basah yang dipersetujui antara Pusat Khidmat DUN Panchor dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN)/MKN. Pihak PKD Panchor akan bekalkan barangan basah setiap 3 hari sekali. Sebanyak 2,000 ekor ayam segar diagihkan ke 1,000 buah rumah dalam zon PKD Taman Kurnia Jaya dan Desa Pinggiran Golf. Zon PKPD pertama di DUN Panchor ini disifatkan antara zon PKPD terbesar di Kelantan kerana melibatkan sekitar 1,000 buah rumah.
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga memperuntukkan sebanyak RM48,000 sumbangan kepada DUN untuk tujuan ini. Bekalan barangan basah seterusnya di PKPD pertama dalam DUN Panchor ini adalah pada Jumaat 16 Julai 2021 dan Isnin 19 Julai 2021. ADUN Panchor, Dato’ Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar memaklumkan, tempahan ikan-ikan segar dari jeti pendaratan ikan telah pun diuruskan untuk agihan Jumaat nanti.
Beliau menjangkakan perbelanjaan keseluruhan bantuan tambahan barangan basah ini untuk zon PKPD Taman Kurnia Jaya dan Desa Pinggiran Golf ini sekitar RM80,000. Keperluan asas lain telah pun disediakan oleh pihak MKN melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
PKPD di sini bermula pada tiga hari lepas 9 Julai 2021. Insya Allah, kami telah pun membuat persiapan dan tempahan dengan dari jeti pendaratan ikan di Tok Bali, ikan-ikan segar akan dibekalkan pula pada hari Jumaat ini.
Beliau menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas sukarelawan dari Pusat Khidmat DUN Panchor yang bertungkus-lumus beberapa hari ini bagi memastikan bekalan barangan basah sampai tepat mengikut jadual.
Beliau turut berterima kasih kepada Penggawa Daerah Kemumin, Haji Azmi Jusoh,  yang memantau dan turun padang sama membuat agihan, penghulu Mukim Kemumin, Ustaz Mohd Sukri, para petugas KKM yang membuat saringan kepada penduduk, pasukan keselamatan, PDRM, ATM dan RELA, APM serta semua pasukan sukarelawan dan pihak yang bersama.