Home Berita PAS Kelantan

Kerjasama NGO Tiong Hwa dan PKD Kota Lama hulur sumbangan

199
SHARE
KOTA BHARU, 8 Jul: NGO Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dengan Kerjasama Pusat Khidmat Dun Kota Lama semalam, menyantuni masyarakat sekitar DUN Kota Lama untuk menyampaikan bantuan makanan kepada yang memerlukan. Penghulu Lim Seng Meng (Penghulu Mukim Zon Kebun Sultan) yang mewakili NGO tersebut bersama Penyelaras Penghulu Parlimen Kota Bharu, YBRs Nik Hazim Nik Rashid bersama, turun menyampaikan sumbangan tersebut kepada masyarakat berbilang bangsa disekitar DUN Kota Lama.