Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Suntikan Dos ke-2 Vaksin di Kampung Pasir Kelang

14
SHARE
KUALA KRAI, 8 Jul: Semalam Ahli Parlimen Kuala Krai, YB ABdul Latiff bersama ADUN Mengkebang berkesempatan ke Kampung Pasir Kelang untuk menghadiri Program Outreach Suntikan Dos ke-2 Vaksin. Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai ini, diadakan di perkarangan Masjid Mukim Pasir Kelang.
Seramai 548 orang penerima dos pertama daripada Kampung Pasir Kelang Baru, Kampung Pasir Kelang Lama, Kampung Buyung, Kampung Taku dan Ladang Taku hadir untuk menerima suntikan vaksin dos ke-2. Seramai 60 petugas kesihatan terlibat dan hadir bagi melancarkan program ini. Beliau berharap Kuala Krai dapat mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat.