Home Berita PAS Kedah

Program Outreach suntikkan viaksin covid 19 untuk warga emas dan OKU

129
SHARE

JERLUN, Hari ini, program hari pertama suntikkan viaksin covid 19 untuk warga emas dan OKU berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya ada sedikit kekalutan. Pasukan Pusat Kesihatan Daerah, pegawai Pkwr Dun Ayer Hitam dan para sukarelawan berganding bahu menjayakannya.

Asalnya Dr Zukri, pegawai kesihatan daerah minta pusat khidmat wakil rakyat DUN Ayer Hitam cari 100 ke 200 warga emas di 2 buah pondok dalam Ayer Hitam untuk program vaksinasi. Kami cadangkan Pondok TG Hj Sulaiman Palestin, Tempayan Pechah dan Pondok TG Ustaz Mohd Rejab, Telaga Batu.

Dr Zukri mencadangkan pekarangan surau di kedua-dua pondok itu dijadikan medan suntikan. Kami hubungi pihak pengurusan pondok memohon persetujuan. Alhamdulillah! pihak pondok bersetuju.

Dr Zukri memberitahu program akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai, meminta kami sediakan sukarelawan dan biayai makan minum para petugas. Kami di pejabat PKWR bersetuju dan segera bertindak demi kebaikkan semua.

Namun, pada pagi 4 Julai keadaan berubah. Bilangan hari ditambah kepada 4 dan bilangan peserta ditambah kepada maksimum 400 orang sehari. Hal ini kerana ada tambahan bekalan vaksin yang diterima di saat akhir.

Tempat program asal pun terpaksa dipindah ke premis sekolah menengah yang berdekatan bagi menampung kehadiran peserta dan bilangan peserta perlu segera dicari kerana penambahan vaksin.

Kakitangan PKWR telah berhubung dengan pihak pengurusan sekolah dan bersama mereka melakar serta menyusun lanskap program. Pengetua SMA Nurul Islam dan pengetua SMK Tunku Seri Indera Putra sangat membantu.

Kami meminta pertolongan JPKK dalam mukim Jerlun dan beberapa JPKK mukim yang berjiran untuk dapatkan peserta berserta maklumat asas bagi memenuhi SOP daripada pihak KKM.

Dengan berjalannya program hari ini sedikit kepuasan terpancar pada raut wajah Cikgu Azhar Ibrahim Adun Ayer Hitam selaku tenaga utama menyelaraskan program sehingga berjaya dilaksanakan walau pun beberapa perubahan terpaksa dibuat demi kebaikkan semua.