Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN.
KUALA NERANG : Yayasan Tenaga Nasional melalkukan tanggungjawab sosialnya dengan menyumbang sebuah katil Hospital untuk seorang warga emas yang lumpuh.
Che Rosena Ahmad, 60 tahun, dari Kampung Masjid, Kuala Nerang terlantar sejak lebih setahun lalu tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Lantas segala keperluan dan kebajikannya diuruskan sepenuhnya oleh kawannya yang dikenali dengan nama Mak Tam.
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Dato Seri Mahdzir Khalid yang juga ahli Parlimen Padang Terap melakukan serahan katil tersebut bersama ADUN Kuala Nerang, Haji Munir Zakaria sempena program Ziarah Kasih Muafakat Nasional Padang Terap.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang DiPertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Azam Abd.Aziz, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Habibullah Salleh, Encik Roslan Abd Rahman, pegawai khas ahli Parlimen Padang Terap Terap serta beberapa orang ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung tersebut.
Ketika ditemui, Haji Munir melahirkan kesyukuran kerana Yayasan Tenaga Nasional memberi perhatian khusus untuk membantu rakyat di Padang Terap disamping kerjasama erat dalam Muafakat Nasional Padang Terap yang melancarkan segala bentuk gerak kerja.
Beliau turut berharap sumbangan tersebut dapat membantu serta memudahkan pesakit.